Thursday, April 9, 2009

Menang Dan Kalah

Amanah Allah dijunjung
Amanah manusia dikelek
Menang jangan disanjung
Kalah jangan diejek.

Macam-macam ragam manusia
Ada yang molek ada yang hina
Menang terasa bangga
Kalah tak mahu terima

Menang jadi boneka
Hanya menjadi lambang pertiwi
Kuasa entah kemana
999 tahun tergadai negeri

Menang tuan bertakbir
Kalah berdemonstrasi
Senang yang tuan fikir
Susah di depan menanti

Menang orang agama
Kafir dah pandai bertafsir
Agama digurau senda
Dikata elok ulama' muta akhir.

Kalah Tuan bersabar
Tanda ujian yang maha esa
Banyakkan doa selain ikhtiar
Jangan matlamat menghalal cara

Perjuangan belum selesai
Biar kering darah di badan
Menang sorak negeri tergadai
Masih tak sedar diperalatkan

Menang tidak selama-lamanya
Bukan kecewa kerana kalah
Tidak Melayu hilang di dunia
Melayu Tak Hilang Yang hilang Maruah.

Menang Bangsa bukan utama
Negeri Islam jadi keutamaan
PPSMI menjadi mangsa
Melayukah Islamkah didahulukan

Tok Guru kata begitu
Tuan Guru kata begini
Orang Islam jadi celaru
Maka dengarlah kafir berdaie

Pak Syeikh berdolak-dalih
Memang bijak menyusun kata
Kuasa dipegang melayu disembelih
Kalah dan menang sama sahaja.

karya : Shahnizat Bin Sakiran
http://shahnizat.blogspot.com/

No comments: