Monday, March 30, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2


1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

Kemasukan Dr M pulihkan kepercayaan rakyat terhadap Umno

KOTA BAHARU: Keyakinan rakyat kepada Umno dan kerajaan akan kembali kukuh sekiranya mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai Umno, kata anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata Dr Mahathir mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap suasana politik negara dan ia mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menurun sebelum ini.

"Pengaruh Tun Mahathir bukan sahaja mampu menarik bangsa Melayu menyokong semula Umno tetapi turut memberikan keyakinan kepada bukan Melayu untuk menyokong kerajaan," katanya selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke 59 Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Ibrahim mengulas pengumuman Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akan menyertai semula Umno pada satu tarikh sesuai.

Katanya pengaruh Dr Mahathir itu bukan sahaja mempunyai erti yang sangat besar kepada rakyat negara ini tetapi juga turut diakui oleh masyarakat antarabangsa dan sebab itu Umno perlu menerima pandangannya jika pemimpin itu kembali ke dalam Umno.

"Saya rasa tidak lama lagi Tun (Mahathir)...akan menyertai semula Umno dan kini sedang melihat perkembangan dalam parti itu," katanya.

Ibrahim yang rapat dengan Dr Mahathir juga turut membayangkan akan membuat "satu kejutan" terhadap senario politik dan juga menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman itu.

"Saya orang kerdil dan tidak penting, tapi Tun yang lebih penting (untuk masuk Umno)," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Dr Mahathir itu dan katanya ini menunjukkan bahawa beliau sangat sayangkan parti terbesar bangsa Melayu itu.

"Umno sentiasa buka pintu kepada Tun dan mampu berperanan penasihat kepada kepimpinan baru negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Pada majlis pengurniaan itu, Dr Ahmad Zahid merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed pula menyifatkan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno satu petanda yang baik untuk penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani amat berharap Dr Mahathir segera berbuat demikian untuk memperkukuhkan bukan sahaja parti tetapi memberi kekuatan kepada kerajaan.

"Negara perlukan buah fikiran bernas daripada pemimpin seperti Tun dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai kemampuan tinggi untuk membawa negara ke mercu kejayaan," katanya.

Dalam pada itu, PAS berpendapat pengumuman Dr Mahathir itu tidak akan mampu membantu Barisan Nasional (BN) memenangi tiga pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak; DUN Bukit Selambau di Kedah; serta DUN Batang Ai di Sarawak pada 7 April ini.

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata ia (pengumuman itu) tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kedudukan pilihan raya kecil ketiga-tiga kawasan itu selagi imej negatif Umno masih membayangi rakyat. "Keputusan (Tun) Dr Mahathir itu tidak akan membawa apa-apa perubahan dan (tidak) mengejutkan PAS," katanya ketika ditemui di majlis yang sama. Menurutnya PAS sudah menjangka percaturan bekas Presiden Umno itu berikutan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi. BERNAMA

Sunday, March 29, 2009

Keputusan Rasmi Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

Abdullah ilhamkan rukun perjuangan UMNO



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno hari ini menyarankan anggota Umno berpegang kepada Rukun Perjuangan yang diilhamkannya untuk dijadikan panduan parti.

Katanya beliau meminta Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno yang baru supaya membawa Rukun Perjuangan itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) bagi dijadikan jadual tambahan kepada perlembagaan parti.

“Setelah melalui perjalanan hidup ke peringkat ini, izinkan saya di majlis ini meninggalkan kata-kata pesanan ini dan saya namakan Rukun Perjuangan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul-usul pada Perhimpunan Agung Umno 2008 buat kali terakhir di sini hari ini.

Berikut kandungan Rukun Perjuangan seperti yang dibacakan oleh Abdullah:

  1. Menghormati hak yang sah kepada semua rakyat dengan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta menjaga kepentingan kaum-kaum lain.
  2. Memperjuangkan kehidupan dan masa depan yang lebih baik kepada semua rakyat.
  3. Umno wujud bukan untuk kepentingan diri tetapi sebagai wadah bagi anggota-anggotanya berkhidmat kepada bangsa dan negara. - Kembalikan tumpuan kepada perjuangan yang asas dan membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan.
  4. Melaksanakan keadilan kepada mereka yang lemah, memastikan kesaksamaan serta menjamin kemakmuran rakyat.

Beliau berkata Rukun Perjuangan itu adalah bagi mencapai matlamat sejagat, agama Islam dimuliakan, negara didaulatkan, bangsa dimartabatkan serta ekonomi dimakmurkan dan perlu berpaksi kepada al-Quran dan sunnah, Perlembagaan negara, Rukun Negara, adat serta adab. “Ia perlu berpandukan kepada iman dan taqwa kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, pengabdian kepada rakyat, perlu bersandarkan kepada prinsip-prinsip keikhlasan, kejujuran, keadilan serta integriti,” katanya.

Ahli MYKMU mahu mendesak Ketua Pemuda baru melaksanakan…


Tahniah kepada KJ sebab menang melalui pertandingan. Namun ahli-ahli MYKMU perlu mendesak barisan Pemuda UMNO yang baru supaya menjadi pejuang jati dan bukan kerja menyapu segala kontrak kerajaan. Kita patut desak bakal Presiden baru UMNO supaya:

1. Jangan BENARkan semua Pemuda & AJK2nya dilantik sebagai penasihat dalam kerajaan.

2. Jangan BENARkan mereka dilantik sebagai Setiausaha2 Politik atau Sulit kepada mana2 Menteri atau Timbalan Menteri dsb.nya.

3. Jangan BENARkan mereka dianugerahkan gelaran DATO’

4. Jangan BENARkan mereka diberi kontrak2 besar kerajaan, directly atau melalui proksi masing2.

5. Jangan BENARkan mereka jadi Pengerusi atau jawatan2 penting dalam GLC.

6. Jika mereka asalnya peniaga, hadkan hanya kepada satu jawatan MD untuk syarikat peribadinya sahaja. Jika selepas menjawatkan jawatan PEMUDA, tiba2 ada syarikat baru ditubuhkan maka perlu disingkirkan dari PEMUDA.

APA YANG PATUT MEREKA LAKUKAN (BARISAN PEMUDA UMNO BARU):

1. Pergi seluruh cawangan UMNO dan beri penerangan.

2. Pastikan HARGA BARANG2 HARIAN TURUN

3. Pastikan kebanjiran WARGA ASING YANG HARAM dibendung secara total terutamanya kawasan AJK & Barisan PEMUDA UMNO baru.

4. Pastikan JENAYAH dikurangkan.

5. Pastikan KILANG2 & KEDAI2 diseluruh negara tidak dijadikan pusat Operasi Dadah & Pencetak VCD&DVD haram.

6. Pastikan TIADA masalah Orang Melayu Miskin keluar di TV3 & media cetak. Jika keluar maka Ternampaklah kelemahan PEMUDA UMNO yang gagal pentadbiran. sumber mykmu